Sabtu, 2 Oktober 2010

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2010

Tarikh: 30 September 2010
Hari: Khamis
Tempat: Taman Permainan Prasekolah
Masa: 8.30 - 12.00 tengahari

 Pelajar-pelajar sedang menunggu makanan dengan penuh sabar
 Pelajar-pelajar mula mengambil makanan

 Pelajar-pelajar mula menjamu selera dengan mengawali bacaan doa

 Rakan-rakan guru datang memberi bantuan membakar sate untuk hidangan majlis ini.

Penolong Kanan 1, Puan Hajjah Zaimah sudi menghadirkan diri untuk meraikan sambutan hari Raya Aidil Fitri Prasekolah Kebangsaan Bandar Dungun. Kehadirannya menambahkan seri kemeriahan hari raya kali ini.

 Tidak ketinggalan Penolong Kanan HEM juga berkesempatan merasai sate citarasa sendiri guru prasekolah SKBD
 Pekerja sekolah (Pak Bakar) juga sudi menghulurkan bantuan membakar sate

 Kehadiran beberapa pelajar prasekolah masalah pembelajaran dari SK Sultan Omar bersama guru mereka telah menyerikan lagi majlis sambutan kali ini. 


 Pelbagai juadah disediakan dengan bantuan pembantu prasekolah yang komited dalam menjalankan tugas hariannya.

Banyaknya kuih muih yang disediakan sehingga pelajar-pelajar tidak mampu untuk menghabiskannya.




Sesungguhnya sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang meriah ini di peringkat Prasekolah SKBD  dengan kehadiran rakan-rakan guru, pentadbir dan kakitangan sekolah yang lain memberikan inspirasi untuk menjadikan sebagai rutin tahun untuk prasekolah SKBD.

Ahad, 18 Julai 2010

PERKHEMAHAN PRASEKOLAH & PEMULIHAN 2010

Tarikh: 15 Julai 2010

Hari: Khamis

Masa: 8.00 - 1.30 tengahari

Tempat:Padang Sekolah SKBD

Perasmian Penutup: En. Abdul Manan Ibrahim (Pegawai Khas Sukan PPD Dungun)

Murid-murid sedang memasang khemah masing-masing dibantu oleh Kem Komanden

Cikgu Fauzaih dan pembantunya sedang sibuk membuat persiapan dibantu rakan-rakan guru SKBD

Murid-murid kelihatan gembira berehat di khemah masing-masing sebelum memulakan aktiviti pertandingan.


Waktu makan pagi sebelum acara bermula.

Cikgu Rusli sedang menyapaikan taklimat bagi pertandingan kolaj


Peserta-peserta perkhemahan sedang tekun menyiapkan tugasan bagi pertandingan kolaj

 Kumpulan Zainab menyiapkan sandwish bagi pertandingan masakan dengan bantuan guru pembimbing

 Peserta lelaki juga tidak kurang hebatnya dalam menyediakan masakan

 Masing-masing sibuk menyiapkan masakan untuk pertandingan masakan.

Encik Abdul Manan, wakil PPD Dungun melawat tapak perkhemahan.

Seterusnya beliau membuat perasmian penutup bagi perkhemahan ini.

 Seterusnya, beliau menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang.

 Peserta perkhemahan berkumpul untuk majlis penyampaian hadiah.

 Peserta pekhemahan Prasekolah SKBD bergambar kenang-kenangan


Sesungguhnya kejayaan mengadakan perkhemahan Prasekolah SK Bandar Dungun amat mengujakan kerana dengan usia murid-murid yang masih lagi kecil tetapi mereka berjaya menjalani aktiviti perkhemahan denga jayanya. Semoga, kejayaan ini akan mendorong kepada kejayaan yang lebih lagi dalam usaha untuk memartabatkan institusi pendidikan di Terengganu khusus di SK Bandar Dungun.

pra

Khamis, 15 Julai 2010