Sabtu, 2 Oktober 2010

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2010

Tarikh: 30 September 2010
Hari: Khamis
Tempat: Taman Permainan Prasekolah
Masa: 8.30 - 12.00 tengahari

 Pelajar-pelajar sedang menunggu makanan dengan penuh sabar
 Pelajar-pelajar mula mengambil makanan

 Pelajar-pelajar mula menjamu selera dengan mengawali bacaan doa

 Rakan-rakan guru datang memberi bantuan membakar sate untuk hidangan majlis ini.

Penolong Kanan 1, Puan Hajjah Zaimah sudi menghadirkan diri untuk meraikan sambutan hari Raya Aidil Fitri Prasekolah Kebangsaan Bandar Dungun. Kehadirannya menambahkan seri kemeriahan hari raya kali ini.

 Tidak ketinggalan Penolong Kanan HEM juga berkesempatan merasai sate citarasa sendiri guru prasekolah SKBD
 Pekerja sekolah (Pak Bakar) juga sudi menghulurkan bantuan membakar sate

 Kehadiran beberapa pelajar prasekolah masalah pembelajaran dari SK Sultan Omar bersama guru mereka telah menyerikan lagi majlis sambutan kali ini. 


 Pelbagai juadah disediakan dengan bantuan pembantu prasekolah yang komited dalam menjalankan tugas hariannya.

Banyaknya kuih muih yang disediakan sehingga pelajar-pelajar tidak mampu untuk menghabiskannya.




Sesungguhnya sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang meriah ini di peringkat Prasekolah SKBD  dengan kehadiran rakan-rakan guru, pentadbir dan kakitangan sekolah yang lain memberikan inspirasi untuk menjadikan sebagai rutin tahun untuk prasekolah SKBD.